Sunday 7 December 2014

Baker Cyst

Assalamualaikum!!,
Buat Gapo tu?? Gapo?? Blogging?? Aaa bace ni dulu, wakakakaka,
lame dah x upadate Blog ni, sebulan dua, ni busy siket dngn Tournament Bola hahaha mane nak training, gym suma, klau online pun slalu Wassap & Wechat je hhahaha,
Ha! okey entry kali ni qai nk citer pasal.... haaa! nak tau pasal ape?? Qai disahkan dijangkiti penyakit...hahaha, nothing serious :p dlm beberapa bulan lpas, qai perasan ada bengkak dibelakang lutut, mula2 kecik je, tapi lama2 dia makin besar lah pulak, disebabkan qai msih dlm Team Ns betaria, so,utk x jejaskan prestasi mse main bola, qai pgi check up dekat Hospital Port Dickson. Then Docter Discover yg Qai kne "BAKER CYST" haa, nak  tau cemana rupa dia??
haaa! tu dia, dia mcm bengkak dekat belakang lutut tu... x sakit tapi rase mcm x selesa la... bengkak tu pulak disebabkan FLUID yg ada di sendi tu mcm LEAKED sebab pressure, sebab qai active Bola Sepak, Takraw & all that stuff, Doctor suspect itu lah yg jadi punca sakit ni...hahaha then 4.12.2014, qai jalani Ujian MRI,di Hospital Tuanku Jaafar utk scan kawasan tu, Apointment pkol 2 petang the bila masuk ke situ, Staff kat situ Suruh tukar pakai baju Hijau Hospital tu, then masuk ke dalam bilik MRI & tersergam, satu mesin besar & ade lubang mcm terowong kat situ, then dia suruh baring atas katil then dia letakkan lutut dngn satu alas then masukkan Qai dlm mesin tu, mesin tu mmng kecik dan sempit, so, sape2 yg ade KLAUSTROFOBIA tu hati2 lah ye, jngn risau sbb dia bagi alat atu panggil staff masa kecemasan, samada lemas ke ape ke dlm tu, Oraite! smpai sini je lah Entry kali ni, Wish me luck utk Tournament Bola yg akan datang & utk Pembedahan  Qai tahun depan. semoga bertemu lagi....!
Assalamualaikum!
Salam Sayang
-Qai-

Monday 20 October 2014

No More CSPJJ

No more CSPJJ(Coretan Si Pencinta Jarak Jauh)...
setiap pertemuan pasti ada perpisahan. tu lumrah bukan? ini yg ditakdirkan utk diriku, so aq x ada hak utk menidakkanya.sejujurnya, aq masih sayang dan sangat menyayangi DIA, tapi, ALLAH had a better plan for me.
hari tu, 18.10.2014, terasa gelap hidup aq bila memutuskan hubungan kami,kami x sehaluan, aq ni jenis yg JEALOUS, bukan bermaksud aq x percaya pada DIA,aq percaya pada DIA, tapi aq x percaya pada ORG LAIN YG DI SEKELILING DIA aq JEALOUS dngn org di sekeliling dia, aq lelaki kan? aq tau lah perasaan lelaki lain, klau nmpak perempuan CUN sikit, mesti ade rasa hendak mendekati perempuan tu.aq yakin semua lelaki setuju dngn statement aq, lagi2 WAWA ni jenis yg ayu2 gitu, (perempuan Melayu Terakhir), hah! lagi lah org kejar. WAWA pulak jenis yg friendly, dia ingin berkawan dngn semua org, tapi sebagai lelaki, pasti aq rasa JEALOUS. and hati aq betul2 terluka dengan statement dia mlm tu, tapi biarlah, itu yg terbuku di hati dia, aq terima, even aq terluka tapi entahlah, aq masih lagi cuba fight utk hubungan ini,dan cuba memaafkan dia tapi dia? haih entah lah... so i guess this is the end for us, kalau Ditakdirkan ada jodoh, Insya Allah, ade lah, kalau tidak, aq terima...
petang tu pulak, tngah syok2 tengok TV aq bukak lah ceramah feveret aq, "KALAU DAH JODOH-USTAZ KAZIM ELIAS" dan2 ckp pasal CINTA, aishh ustaz ni mcm nk perli aq je, aishh koyak mental,hahahaha. CINTA ni ada 2 maksud yg pertama, "Cinta ini adalah apabila dua hati menjadi satu dalam sebuah perasaan yg sama yg dipanggil SAYANG". Yang ke-dua pula ialah."Berkorban apa sahaja asalkan pasangan anda BAHAGIA". ini yg sedang aq cuba lakukan, andai perpisahan ini mampu membahagiakan dia. aq rela, aq Redha.
walaupun sakit, tapi tu lah kan?? tabahkan jua hati, tidak putus2 berdoa, andai dia jodoh aq, maka suatu hari nanti dia akan kembali, biarkan dia nk kpd sesiapa sekalipun, kalau dia jodoh aq, samada cpt atau lambat dia akan kembali kepangkuanku, tapi aq x letakkan harapan yg tinggi...aq terima apa sahaja ketentuanNYA. jadi sekarang aq perlu teruskan hidup.seperti dahulu. kejar cita2 ku, sampai masa dan saatnya, insya allah akan aq gapai bahagia diriku. Amin..
sekarang boleh aq concentrate utk meng"Khatamkan" Al-Quran aq yg aq akan jadikan, Insya allah, Hantaran utk bakal Zaujah aq suatu hari nanti. klau boleh, aq nk menjadi HAFIZ AL-QURAN satu hari nnti, it's never to late for anything rite??
jadi tu sahaja lah yg dpt aq kongsikan kali ini, nmpaknye sampai disini aje lah CORETAN SI PENCINTA JARAK JAUH, and mybe aq akan tukar nama dlm 2-3 hari ni, hihihi, Moga Bertemu Lagi, Insya Allah, TERIMA KASIH ALLAH, Assalamualaikum
yg benar
-Qai-

Monday 4 August 2014

Chord Gitar Lagu Keranamu Kekasih

Chord Lagu Keranamu Kekasih-Illa Sabry

ehemmm.... Assalamualaikum, entry kali ni aku nk bagi korang Chord lagu feveret aq, lagu ni merupakan lagu 90'an yg di popularkan oleh Illa sabry, lagu ni mmng terbaik, 1st time aq dengar ketika menonton citer gerak Khas The Movie 1 yg dibintangi oleh Dato AC Mizal, Abby Abadi, Erra Fazira, A galak & ramai lagi pelakon legend industry tanah air kite, lagu ni memang tangkap leleh, sape2 yg tengah KOYAK MENTAL dek kerana ditinggalkan kekasih, aq berani BET, kompem nangis lah, memandangkan lagu ni dinyanyikan oleh penyanyi wanita, so x sesuai dengan suara kebanyakan suara lelaki, so, aq mengambil inisiatif utk cari Chord lagu ni... so lelaki yg minat lagu ni, boleh lah menggunakan Chord yg ni, kalau ade salah2 sikit tu... komen2 lah ye?? almaklumlah, aq ni baru je belajar main gitar, so ape2 pun, enjoy...!


C                                                Em
Bila ku imbas lagi
F                                                                                     G
Terusik peristiwa dulu yang mengguris hati

Em                                                                          A
Terkulai-kulai diri bila cinta didustai
F                                                                 G
Oleh insan yang pertama aku sayangi

C                                           Em
Bila aku kenangi
F                                                                                     G
Hidupku tak lagi ceria seperti dahulu
Em                                                                          A
Tiada lagi keindahan yang aku rasai
F                                                                 G
Ohh.. selama ini teguhnya cintaku 
                                            C
Padamu kekasih...

#
O oh oh
F                                                                                     G
Tidakku menjangkakan ini kan terjadi
Em                              Am
Bila sidia undur diri dan memutus cinta
F                                                           G
Alam kurasakan suram
                                                           C
Tiada lagi beri simpati

O oh oh
F                                                                                     G
Ternyata kejujuran salah ditafsirkan
                         Em                                              Am
Rupa-rupanya dihatimu dia yang bertakhta
                      F               
Mengikis semarak cinta yang telah kita bina
                  G
Seindahnya di syurga...
            F       G
Kekasih...
                            Em                                      Am
Kita berdua menjalin kasih
                                           F       G
Yang akhirnya terpisah jua
                                              C
Kurela kau pergi...
F                                          G                  C
KU RELA KAU PERGI...


Monday 23 June 2014

My ChildHood

Hi assalamualaikum, ni post pertama saya, Mr.PJJ A.K.A PENCINTA JARAK JAUH bukan PELEMPANG JARAK JAUH or PENGAJIAN JARAK JAUH . Okey tau, puchline x sampai Pfffft...
  x yah nak BAKU sangat lah...(ganas siket)
hari ni GUA nak cerita pasal diri Gua,( suara ROCKERS). x ade ape2 yang special kat diri GUA ni... so gua start dari mula lah

Tanggal 18/7/1994 , pada jam tepat menunjukkan kpd 1.45 minit pagi, seorang baby lahir x cukup bulan telah dilahirkan, beliau sangat kecil dan lemah sehingga doktor meramalkan, yg beliau x kan bertahan lama, tapi semangat beliau kuat akhirnya beliau masih hidup untuk menulis citer ni,siapa dia??? GUA lah orangnya... so disebabkan semangat juang gua, utk fight utk terus hidup tu,AYAH GUA mengambil keputusan untuk memberikan nama QAIYUM yg bermaksud "Berdiri Atas Kaki Sendiri" dengan harapan GUA akan pandai berdikari bila dewasa kelak..



gaya seorang pahlawan :p
ketika dia semakin besar, dia menjadi seorang kanak-kanak yang sangat HYPERACTIVE, mummy GUA cerita, pada satu ketika dulu, GUA ni HYPER plus NAKAL, Arwah atok GUA dulu ade bela ayam, then, one day, dia berasa pelik kenapa bunyi anak2 ayam tu macam lemah, so dia amik keputusan untuk check, then guess what?? dia jumpa anak2 ayam dia dalam Tong Cat, teka sape punye angkara?? mestilah cucu kesayangan dia, hahaha nakal shiooottt..!

Naik sekolah rendah, GUA mula mengorak langkah mencipta nama si SK Chuah sebagai atlet balapan, kelibat GUA di grid permulaan mampu menggerunkan atlet lain baik sebaya mahupu Senior, memegang reputasi sebagai the unbeatable dimana GUA  berdiri di podium pertama dari Tahun 1-Tahun 6, juga memegang rekod sebagai olahragawan temuda SK CHUAH dimana GUA memenanginya sejak GUA darjah 4 hingga 6, GUA jugak seorang yg active berPENGAKAP di masa itu hingga GUA mendapat Pengiktirafan tertinggi PENGAKAP kanak2 dimana GUA mendapat RAMBU... (bukan RAMBU-RAMBA) :p sukan yg gua ceburi ialah BOLA SEPAK,SEPAK TAKRAW & macam2 agi lah..


Kemudian naik ke Sekolah Menengah,GUA terpaksa melupakan hasrat utk terus menjadi Atlet balapan kerana, GUA telah terlibat dalam kemalangan basikal hingga menyebabkan kaki GUA patah...hahaha,so gua cari alternatif lain utk bidang Ko-KURIKULUM, jadi salah satu pilihan gua ialah SILAT..!


 selain itu GUA jugak active dlm sepak takraw & bola sepak, pendek kata sukan merupakan keutamaan GUA di sekolah menengah

Team Sepak Takraw YAM TUAN RADIN ROYAL HIGHSCHOOL
Aksi libasan di kejohanan sepak takraw terbuka NEGERI SEMBILAN
FINALIS( GUA berjersi putih)
pemain ke 11(mase Form 6)
Info tambahan, nombor 11 memang sinonim dengan gua, inilah nombor keramat yang gua sarung dari darjah 4 hingga form 6...

thats all for this time, kalau GUA nk cerita sume, mmng sampai besok pon x habis, so GUA undur diri buat masa ni, nantikan POST seterusnya okay??

ADIOS..! Assalamualaikum..!